SESI TOWN HALL MAJLIS MESRA MBPG BERSAMA KOMUNITI BILANGAN PERTAMA TAHUN 2022

Aktiviti terkini | 23 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang

Ringkasan Aktiviti :
Sesi Town Hall merupakan salah satu medium pertemuan di antara pihak pengurusan MBPG khususnya YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, selaku Datuk Bandar untuk duduk bersama pemimpin masyarakat terdekat bagi saling menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai apa yang telah, sedang dan akan berlaku di Bandaraya Pasir Gudang.


Tujuan :
• Membincangkan secara bersemuka mengenai isu permasalahan yang berbangkit dan seterusnya menentukan jalan penyelesaian.

Nama VIP :
YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman- Datuk Bandar Pasir Gudang.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Bagi melengkapi program MBPG turut menyediakan pameran-pameran berkaitan Draf Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2030, pameran AADK, Maxis, pihak IWK serta Jabatan Kesihatan Awam dan Bahagian Landskap MBPG.

Kelebihan Aktiviti :
• Komuniti Penduduk Pasir Gudang dapat membincangkan bersama MBPG segala isu persekitaran dan mengetahui hala tuju tentang pembangunan dan kebajikan penduduk di Pasir Gudang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :