Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Seri Alam adalah kejiranan Kota Masai, Taman Rinting dan Kota Putri. Seri Alam adalah terletak di negeri Johor, Malaysia, yang terdiri daripada bahagian-bahagian Jalan Bayu, Jalan Suria, Jalan Tasek, Mountain Road, Valley Road dan Jalan Bukit. Jalan Seri Alam merentas kawasan kejiranan ini.

Bandar Seri Alam adalah satu inisiatif oleh Seri Alam Properties Sdn Bhd, sebuah anak syarikat United Malayan Land Bhd. Terletak 25 kilometer dari Pusat Bandar Johor Bahru, Johor, Malaysia. Bandar ini meliputi kira-kira 15 kilometer persegi dan menempatkan kemudahan pendidikan ekologi dari usia sekolah ke kampus-kampus beberapa universiti terkemuka di dunia. City of Knowledge bertujuan untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di bahagian timur Iskandar Malaysia.

Perbandaran yang menjangkau lebih 3,762 ekar( 15 km2 ) jatuh di bawah Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Municipal(MPJBT).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


SIRI KE-2 : JOM BUAT DUIT DENGAN AFFILIATE : SHOPEE & TIKTOK

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2024

Para peserta akan memahami cara memanfaatkan potensi penuh kedua platform Shopee dan Tiktok untuk meningkatkan pendapatan sampingan secara Affiliate tanpa mengeluarkan modal yang besar dan tanpa pegangan stok...................baca selanjutnya

ONLINE TRAINING CLASS SHOPEE FOR BUSINESS

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2024

cara mencipta akaun shopee untuk berniaga..................baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti