Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Seri Alam adalah kejiranan Kota Masai, Taman Rinting dan Kota Putri. Seri Alam adalah terletak di negeri Johor, Malaysia, yang terdiri daripada bahagian-bahagian Jalan Bayu, Jalan Suria, Jalan Tasek, Mountain Road, Valley Road dan Jalan Bukit. Jalan Seri Alam merentas kawasan kejiranan ini.

Bandar Seri Alam adalah satu inisiatif oleh Seri Alam Properties Sdn Bhd, sebuah anak syarikat United Malayan Land Bhd. Terletak 25 kilometer dari Pusat Bandar Johor Bahru, Johor, Malaysia. Bandar ini meliputi kira-kira 15 kilometer persegi dan menempatkan kemudahan pendidikan ekologi dari usia sekolah ke kampus-kampus beberapa universiti terkemuka di dunia. City of Knowledge bertujuan untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di bahagian timur Iskandar Malaysia.

Perbandaran yang menjangkau lebih 3,762 ekar( 15 km2 ) jatuh di bawah Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Municipal(MPJBT).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020

Gotong Royong Membersihkan Pusat Internet 1Malaysia Bandar Sri Alam

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2017

Melatih pengguna Pusat Internet 1 Malaysia Bandar Sri Alam untuk lebih menghargai dan menjaga kebersihan Pusat Internet. Selain itu, dapat merapatkan lagi hubungan antara staff Pusat Internet bersama komuniti sekitar... baca selanjutnya

Pertandingan Dekorasi Gubahan Buah Nanas Sempena Fiesta Nanas Sambutan 60 Tahun LPNM

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2017

Para peserta dekorasi gubahan nanas terdiri daripada orang awam & dewasa. Pemilihan para pemenang dekorasi dan gubahan tersebut adalah berdasarkan kreativiti setiap peserta & menepati masa yang diberikan... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Pekan Nanas

Aktiviti Terkini | 26 November 2017

Memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dan fungsinya kepada masyarakat sekitar Pekan Nanas yang masih belum sedar akan kewujudan PI1M... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Rumah Pangsa Sri Alam 2017

Aktiviti Terkini | 25 November 2017

Penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran. Penglibatan Pi1M terdekat dapat merapatkan lagi ukhwah sesama... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Taman Cempaka 2017

Aktiviti Terkini | 11 November 2017

Penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran... baca selanjutnya

Majlis Perasmian PI1M Taman Desa Rakyat Perdana, Johor

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2017

Bertujuan untuk penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran... baca selanjutnya

Program Digi-Petrosains Robotic Program 2017(Qualifying Round)

Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2017

Enam buah sekolah terpilih bertanding untuk menjadi wakil negeri Johor ke Pertandingan Robotik antara negeri... baca selanjutnya

Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Pengurusan Fasa 1B

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2017

Bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara penghuni di flat PPR dan menghargai pekerja-pekerja kebersihan di flat PPR... baca selanjutnya

Program Jalinan Ukhuwah Ramadhan

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2017

Program ini untuk merapatkan hubungan PI1M dengan Persatuan NGO, Korporat dan penduduk setempat dan menambah nilai ilmu berkaitan kesedaran penggunaan ICT dan perbankan online secara bijak kepada orang ramai... baca selanjutnya

PROGRAM JOM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet... baca selanjutnya

Program Keselamatan Internet(Klik Dengan Bijak) & Kesedaran Antidadah

Aktiviti Terkini | 28 April 2017

Para pelajar kini terdedah dengan penggunaan internet sehingga ibu bapa dan guru tidak mampu mengawal pergerakan pelajar. Penyalahgunaan internet mampu menimbulkan pelbagai Program ini adalah salah satu langkah untuk mendidik para pelajar bagi menggunakan internet dengan bijak... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak dan E-Waste
“Satu Kejiranan Erat Perpaduan”

Aktiviti Terkini | 8 April 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan mendedahkan kepada ibu bapa dan orang awam tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk mengumpulkan barang E-waste untuk pelupusan dengan cara yang betul... baca selanjutnya

Program Singgah Muafakat 2017

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2017

Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan berupa bahan makanan seperti beras, gula, milo, horlicks dan lain-lain... baca selanjutnya

Program Kenali WK

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang apa itu wifi komuniti dan cara menggunakan kemudahan ini... baca selanjutnya

Pertandingan Ms. Paint

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017

Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk memahirkan penggunaan tools dalam software Ms. Paint dan penggunaan tetikus serta papan kekunci... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar(KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya