INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Bandar Baru Sri Alam ialah sebuah bandar baru yang terletak di Masai, Johor. Bandar ini telah membangun dengan maju dengan wujudnya pelbagai jenis penempatan di sekitarnya serta pembangunan infrastruktur. Penduduk di sini juga mencecah hampir 5000 orang penduduk.

Rekreasi & Pelancongan


Taman Tasek Bandar Seri Alam


Amansari Residence Resort

Kemudahan Awam


Regency Specialist Hospital


Ibu pejabat polis Seri Alam (IPD)


Public bank, Maybank, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat, Rhb Bank


Tesco, mydin

Pendidikan

Pendidikan
Hari ini, Bandar Seri Alam telah benar-benar diiktiraf sebagai kota ilmu dengan beberapa universiti termasuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL - operasi 2011), Universiti Teknologi Mara (UiTM - siap 2013), Masterskill University College of Health Sciences (operasi 2011), Mara Kolej Sains Mara (MRSM - operasi 2011), Sekolah Seni Malaysia (siap 2013), Sekolah Antarabangsa Excelsior (siap 2013), Sekolah Antarabangsa Pegasus (operasi 2013), Sekolah Jepun, Nam Heng Sekolah rendah Cina dan juga tujuh rendah kebangsaan lain dan sekolah menengah.

Sekolah rendah
SK Bandar Seri Alam
SK Seri Alam 2
Sekolah Agama Bandar Seri Alam
SJK (C) Nam Heng Baru
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil- SRJK (T)
Sekolah Menengah
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Timur (SMKDPT)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Alam 2

Lain-Lain
Kampus Perubatan Asia METROPOLITAN UNIVERSITY
Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Sekolah Antarabangsa Pegasus
Sekolah Seni Malaysia
Sekolah Jepun
Sekolah Antarabangsa Excelsior

Kisah Kejayaan

Muiz Shah Bin Shamsuddin
Celik IT

Umur:
11 tahun

Keahlian PEDi:
5/5/2016

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Adik Muhd Shahir Iqmal merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Semasa kecil beliau menghidapi penyakit buah pinggang dari umur 4 tahun hingga umur 10 tahun dan akibat dari penyakit tersebut beliau mengalami masalah tumbesaran badan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan di PEDi, beliau hanya tahu menghidupkan dan mematikan kuasa di CPU dan juga menaip dengan ajaran bapa saudara beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas penglibatan di PEDi, beliau lebih mengenali perkakasan hardware komputer, mahir menaip menggunakan perisian Microsoft Words, mengetahui fungsi perisian Microsoft Powerpoint untuk membuat pembentangan di mana amat berguna untuk beliau sebagai seorang pelajar sekolah menengah dan melalui pembentangan beliau di dalam kelas latihan ICT beliau mempelajari kemahiran softskill bercakap di hadapan orang ramai dan membina keyakinan diri. Selain itu juga, beliau mengetahui fungsi emel dan mempunyai akaun emel tersendiri. Dengan wujudnya PI1M, pengetahuan beliau terhadap dunia ICT semakin meluas.

Maklumbalas Pendapat:
Pengurus/ Penolong Pengurus PEDi banyak membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Hasil dari bantuan PI1M, gaya hidup saya berubah kepada yang lebih bagus dan penuh dengan ilmu ICT di dada. Tidak lupa juga, peningkatan dari segi teknik lukisan yang telah saya pelajari dari internet. Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak Digi & SKMM kerana memilih Rumah Pangsa Sri Alam sebagai salah satu cawangan Pi1M yang tercinta ini.

Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Cara penggunaan komputer.
- Troubleshooting komputer.
- Word dan sebagainya.
- Cara melayari internet secara selamat.
- Online banking.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Muhd Shahir Iqmal:



Keusahawanan

AJS HERBS
Usahawan

Umur:
39 tahun

Keahlian PEDi:
18/7/2017

No. Telefon:
019-752 6381

Jenis Perniagaan:
Barang Keperluan/Kesihatan

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: AJS Herbs merupakan produk kesihatan untuk kulit. Sabun herba AJS Herbs boleh mengatasi masalah gatal-gatal hidung akibat alahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penglibatan di PEDi, beliau tidak kenal erti mengira dan membuat sales dalam komputer. Dia dibantu dengan ajaran kawan-kawan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas penglibatan di PEDi, beliau berjaya mengenal komputer dengan lebih dekat. Mengenal pelbagai fungsi dan yang paling penting meraih sumber pendapat paling kurang sebanyak RM 1000.00 sebulan.

Maklumbalas Pendapat:
Pengurus/ Penolong Pengurus PEDi banyak membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Hasil dari bantuan PI1M, gaya hidup dan perniagaan saya berubah kepada yang lebih bagus dan penuh dengan ilmu ICT di dada. Tidak lupa juga, peningkatan dari segi membuat sales dan melayari internet dan facebook. Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak Digi & SKMM kerana memilih Rumah Pangsa Sri Alam sebagai salah satu cawangan Pi1M yang tercinta ini.

Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Cara penggunaan komputer.
- Troubleshooting komputer.
- Word dan sebagainya.
- Cara melayari internet secara selamat.
- Online banking.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Muhd Shahir Iqmal: