PROGRAM TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DAN KITAR

Aktiviti terkini | 10 September 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Alam

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Program ini melibatkan petugas PEDi Bandar Seri Alam. PEDi Taman Cendana, PEDi Taman Desa Rakyat Perdana dan MIV.
Aktiviti program adalah berkenaan dengan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan penerangan serta pengumpulan peranti yang rosak seperti smartphone, tablet, laptop dan sebagainya untuk tujuan KITAR kepada murid-murid darjah 6 SK Bandar Seri Alam.

Tujuan :
• Memperkenalkan PEDi dan fungsi PEDi kepada murid-murid.
• Memberikan kesedaran tentang pengguna bijak dalam melayari internet dan bahaya jika di salahgunakan.
• Mengetahui pentingnya menjaga alam sekitar dengan pengumpulan peranti elektronik di tempat yang betul dan selamat.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 10.30 pagi : Pengenalan dan fungsi PEDi
• 10.45 pagi : Taklimat KDB
• 11.30 pagi : Sesi kuiz KDB dan penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz.
• 11.50 pagi : Sesi pengenalan program KITAR dan pengumpulan peranti.
• 12.00 tghari : Sesi bergambar, penyampaian cenderahati kepada guru terlibat dan bersurai.


Kelebihan Aktiviti :
Dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tahun 6 SK Bandar Seri Alam, seramai 300 orang lebih pelajar tentang bahayanya penyalahgunaan internet dan cara penggunaan yang betul . Para pelajar lebih memahami bagaimana untuk menggunakan internet dengan lebih selamat.

Dengan adanya ilmu KITAR, murid-murid akan lebih mengetahui pentingnya penjaga alam sekitar dari bahan buangan elektronik yang boleh membahayakan persekitaran. Dengan adanya tong KITAR, murid-murid berpeluang membuang di tempat yang betul.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :