Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Seri Alam adalah kejiranan Kota Masai, Taman Rinting dan Kota Putri. Seri Alam adalah terletak di negeri Johor, Malaysia, yang terdiri daripada bahagian-bahagian Jalan Bayu, Jalan Suria, Jalan Tasek, Mountain Road, Valley Road dan Jalan Bukit. Jalan Seri Alam merentas kawasan kejiranan ini.
Bandar Seri Alam adalah satu inisiatif oleh Seri Alam Properties Sdn Bhd, sebuah anak syarikat United Malayan Land Bhd. Terletak 25 kilometer dari Pusat Bandar Johor Bahru, Johor, Malaysia. Bandar ini meliputi kira-kira 15 kilometer persegi dan menempatkan kemudahan pendidikan ekologi dari usia sekolah ke kampus-kampus beberapa universiti terkemuka di dunia. City of Knowledge bertujuan untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di bahagian timur Iskandar Malaysia.
Perbandaran yang menjangkau lebih 3,762 ekar( 15 km2 ) jatuh di bawah Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Municipal(MPJBT).
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Pertandingan E-Learning Super Type
Aktiviti Terkini | 17 Disember 2016Bertujuan untuk memahirkan peserta dalam penggunaan papan kekunci dan sistem komputer, melatih peserta untuk menaip dengan lebih pantas dan betul, melatih peserta menepati masa dalam menghadapi ujian... baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PI1M-PI1M JOHOR DI SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM, JOHOR
Aktiviti Terkini | 9 November 2016Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pekerja Pusat Internet 1Malaysia dengan para pelajar dan guru-guru. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial... baca selanjutnya
Aktiviti Senam Aerobik
Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2016Aktiviti ini dapat meningkatkan kesihatan dan membina daya ketahanan diri yang kuat selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat... baca selanjutnya
Kelas ICT Bulan Oktober
Aktiviti Terkini | Sepanjang Bulan Oktober 2016Kelas ICT ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak untuk mahir dalam bidang ICT dan mempelajari Microsoft Office dan aplikasi yang terdapat dalam penggunaan komputer... baca selanjutnya
Pertandingan Online E-Puzzle
Aktiviti Terkini | 23 September 2016Pertandingan ini bertujuan untuk memperkenalkan PI1M Kepada pengunjung dan menerapkan pemikiran kreatif pada kepada para pengunjung... baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016
Berita TerkiniUntuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam... baca selanjutnya
KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniDi PI1M Sri Alam ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Sri Alam seperti kelas komputer dan sebagainya.
Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif
Berita TerkiniPertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia(PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.