Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Seri Alam adalah kejiranan Kota Masai, Taman Rinting dan Kota Putri. Seri Alam adalah terletak di negeri Johor, Malaysia, yang terdiri daripada bahagian-bahagian Jalan Bayu, Jalan Suria, Jalan Tasek, Mountain Road, Valley Road dan Jalan Bukit. Jalan Seri Alam merentas kawasan kejiranan ini.

Bandar Seri Alam adalah satu inisiatif oleh Seri Alam Properties Sdn Bhd, sebuah anak syarikat United Malayan Land Bhd. Terletak 25 kilometer dari Pusat Bandar Johor Bahru, Johor, Malaysia. Bandar ini meliputi kira-kira 15 kilometer persegi dan menempatkan kemudahan pendidikan ekologi dari usia sekolah ke kampus-kampus beberapa universiti terkemuka di dunia. City of Knowledge bertujuan untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di bahagian timur Iskandar Malaysia.

Perbandaran yang menjangkau lebih 3,762 ekar( 15 km2 ) jatuh di bawah Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Municipal(MPJBT).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


PERTANDINGAN SHORT VIDEO CANVA

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2022

Memberikan ilmu editing video menggunakan aplikasi canva dan seterusnya menarik minat pelajar menghayati erti kemerdekaan Malaysia..........baca selanjutnya

VIDEO KLIK DENGAN BIJAK : SEMAK MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2022

Menerangkan tentang tips keselamatan kepada pengguna dalam mendapatkan maklumat yang diperolehi di internet............baca selanjutnya

SESI TOWN HALL MAJLIS MESRA MBPG BERSAMA KOMUNITI BILANGAN PERTAMA TAHUN 2022

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2022

Membincangkan secara bersemuka mengenai isu permasalahan yang berbangkit dan seterusnya menentukan jalan penyelesaian..............baca selanjutnya

SESI TAKLIMAT PENGURUSAN PROGRAM DAN KPI PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI) NEGERI JOHOR

Aktiviti Terkini | 16-17 Mei 2022

Memberikan penjelasan secara terperinci mengenai KPI PEDi dan halatuju PEDi.............baca selanjutnya

MAJLIS MESYUARAT AGUNG TADIKA KEMAS BANDAR SRI ALAM

Aktiviti Terkini | 10 April 2022

Mesyuarat Agung Tabika Kemas Bandar Sri Alam bersama para ibu bapa penjaga Tabika............baca selanjutnya

AKTIVITI GOTONG ROYONG PERDANA TABIKA KEMAS BANDAR SRI ALAM

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2022

Dapat menceriakan dan membersihkan tabika kemas untuk sesi persekolahan yang akan dibuka...........baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : MAKLUMAT PALSU, PROFILE PALSU DAN JENAYAH SIBER

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2022

Dapat membantu pengguna akaun media sosial menjadi pengguna internet yang bijak..........baca selanjutnya

PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2022

Dapat membantu meringankan beban perbenlanjaan isi rumah rakyat, selain menjadi pemankin kepada pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan bijak..........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti