Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Seri Alam adalah kejiranan Kota Masai, Taman Rinting dan Kota Putri. Seri Alam adalah terletak di negeri Johor, Malaysia, yang terdiri daripada bahagian-bahagian Jalan Bayu, Jalan Suria, Jalan Tasek, Mountain Road, Valley Road dan Jalan Bukit. Jalan Seri Alam merentas kawasan kejiranan ini.
Bandar Seri Alam adalah satu inisiatif oleh Seri Alam Properties Sdn Bhd, sebuah anak syarikat United Malayan Land Bhd. Terletak 25 kilometer dari Pusat Bandar Johor Bahru, Johor, Malaysia. Bandar ini meliputi kira-kira 15 kilometer persegi dan menempatkan kemudahan pendidikan ekologi dari usia sekolah ke kampus-kampus beberapa universiti terkemuka di dunia. City of Knowledge bertujuan untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di bahagian timur Iskandar Malaysia.
Perbandaran yang menjangkau lebih 3,762 ekar( 15 km2 ) jatuh di bawah Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Municipal(MPJBT).
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024JOM BUAT DUIT DENGAN AFFILIATE : SHOPEE DAN TIKTOK
Aktiviti Terkini | 18 Disember 2023Para peserta akan memahami cara memanfaatkan potensi penuh kedua platform Shopee dan Tiktok untuk meningkatkan pendapatan sampingan secara Affiliate tanpa mengeluarkan modal yang besar dan tanpa pegangan stok..................baca selanjutnya
PERSIDANGAN PEDi MADANI 2023
Aktiviti Terkini | 29 November 2023Dengan adanya persidangan ini, ia adalah peluang untuk mengiktiraf kerja keras dan dedikasi serta peranan penting mereka dalam merapatkan jurang digital dan memupuk semangat pemerkasaan di kalangan penduduk kawasan di luar bandar mahu pun pinggir bandar.................baca selanjutnya
PROGRAM DROBOTICS BERSAMA UITM PASIR GUDANG
Aktiviti Terkini | 20 & 21 Oktober 2023Memperkenalkan murid mengenai pengatucaraan microbitr Macqueen dan tello drone................baca selanjutnya
PROGRAM TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DAN KITAR
Aktiviti Terkini | 10 September 2023Memperkenalkan PEDi dan fungsi PEDi kepada murid-murid...............baca selanjutnya
PROGRAM CYBERSAFE DAN ENTREPRENEUR TALK
Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2023Memperkenalkan PEDi kepada pelajar ILP..............baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DI SK KOTA MASAI 3
Aktiviti Terkini | 9 Julai 2023Memperkenalkan PEDi kepada pelajar-pelajar dan guru-guru SK Kota Masai 3...............baca selanjutnya
DIY KIDS GOODIES KERTAS CAWAN
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2023Menyediakan latihan keusahawanan secara kreatif kepada kanak-kanak dengan menghasilkan sendiri goodies yang mudah dan murah...............baca selanjutnya
JOM BELAJAR - ASAS PERNIAGAAN ONLINE
Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023Menyediakan usahawan dengan ilmu berkaitan media social dan cara mengembangkan lagi perniagaan menggunakan online platform seperti cara memasukkan gambar produk dan mengenali target pembeli di setiap platform..............baca selanjutnya
MINI KARNIVAL RAYA JALAN TASEK 64
Aktiviti Terkini | 14-20 April 2023Memberi peluang kepada para usahawan menjalankan perniagaan kecil kecilan mereka di dalan Kawasan flat dengan kos tapak yang sangat murah.............baca selanjutnya
PROGRAM ENTERPRENEUR TALK POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
Aktiviti Terkini | 20 Mac 2023Memberi penjelasan lebih jelas tentang keusahawanan kepada pelajar-pelajar di Politeknik Ibrahim Sultan............baca selanjutnya
KURSUS ASAS GUBAHAN BUNGA COKLAT
Aktiviti Terkini | 11 Februari 2023Memberi ilmu asas gubahan bunga coklat kepada usahawan dan komuniti sekitar PEDi...........baca selanjutnya
BENGKEL JOM CANTIK
Aktiviti Terkini | 6 Januari 2023Memberikan pendedahan ilmu berkaitan kulit wajah dan solekan menggunakan produk Mary Kay...........baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya